Saturday 23 January 2016

Bahagian 1 - Projek Rasuah terbesar Dato Seri Zahid Hamidi di Imigresen

Jurublog ingin berkongsi dengan pembaca blog ini tentang skandal terbaru yang sedang dihadapi pihak Imigresen. Ini berkenaan sistem MYIMM. Satu syarikat baru telah masukkan tender untuk menukar sistem sedia ada kepada sistem yang baru bernama SKIN. Sistem ini harga secara keseluruhannya bernilai hampir RM6 beliyun. Projek ini dibawah syarikat PRESTARIANG.

Tujuan Jurublog mndedahkan skandal ini adalah kerana sistem ada sekarang ini hanya memerlukan sedikit penambahbaikan sahaja dan tidak perlu untuk  tukar sepenuhnya. Jurublog difahamkan kos untuk 'upgrade' sistem baru hanya akan memakan belanja sekitar 400 ke 500 juta ringgit sahaja. Jurublog mendapat info ini dari orang dalam Imigresen sendiri.


Sekarang jurublog akan mendedahkan secara terperinci bagaimana dan berapa kos yang terlibat untuk mengubah keseluruhan sistem ini.

- Jumlah keseluruhan kos projek RM5.2 billion

- CAPEX RM1.13 billion

- OPEX RM1.98 billion

- Technology Refresh RM2.08 billion

- Untuk keseluruhan system IMM yang baru ini siap ianya akan mengambil masa selama 4 tahun

- Sementara system ini siap sepenuhnya, ianya akan menjadi system yang sudah lama dan tidak boleh diguna lagi (teknolgi diperbaharui setiap masa)

SKIN mencadangkan supaya kesesmua tariff atau harga yang dikenakan oleh IMM selama ini dinaikkan.

Ini bermakna segala bayaran yang dibuat selama ini untuk pembaharuan paspot atau pembaharaun apa saja lesen di Imigresen akan dinaikkan secara mendadak untuk mendapat semula apa yang telah dilaburkan sebelum ini (RM5.2 Billion).

Jurublog sudah terangkan dengan secara ringkas tentang apa yang mereka bakal lakukan. Ini adalah kerja sia-sia kerana sistem yang ada sekarang ini boleh diperbaiki dan dijadikan canggih sepenuhnya dengan hanya berbelanja sekitar RM 500 juta sahaja. 

Dalam keadaan sekarang dengan kenaikan harga barang dan semua perkhidmatan yang lain, adalah tidak bijak untuk menukar kepada sistem baru yang akan menelan belanja hingga RM6 Beliyun. Siapa yang akan menanggung kos ini semua? Menurut sumber dari dalaman Imigresen, segala kos sistem baru ini akan dibuat dengan menaikkan segala harga perkhidmatan yang ada sekarang, ie: Harga Paspot, Srevis caj dan segala macam urusan yang sebelum ini murah akan dinaikkan dengan berlipat kali ganda untuk 'cover' semula kos-kos yang sudah dibelanjakan.

Syarikat Prestariang Berhad dikemudi oleh Dr Abu Hasan Ismail. Kementerian Dalam Negeri kini dibawah penyeliaan Dato Seri Zahid Hamidi yang juga merupakan Timblan Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga adalah Naib Presiden UMNO. Atas sebab itu blog ini mendedahkan skandal ini kerana mahu menyelamatkan UMNO sekaligus menyelamatkan Malaysia. Jurublog diberitahu dari sumber dalaman lagi, Dr Abu ini sangat rapat dengan menantu Dato Seri Zahid yang bernama Dato Syed Alman bin Syed Alwi.

Menantu DS Zahid yang membawa Dr Abu berjumpa dengan Zahid untuk projek ini. Keakraban Dr Abu dan menantu Zahid memang bukan rahsia lagi. Ini boleh dilihat dengan mata kasar oleh kebanyakan ageensi di bawah KDN. Ini menjadi tanggungjawab jurublog untuk memberitahu semua ahli UMNO dan rakyat Malaysia bagaimana TPM sedang merosakkan lagi sistem Imigresen negara dengan urusjanji yang tidak masuk akal ini.

Izinkan jurublog menceritakan serba sedikit tentang sistem yang kan ditukar nanti, sistem ini datangnya dari Amerika Syarikat dan ianya akan dipasang oleh pakar-pakar dari Amerika Syarikat di jabatan Imigresen Malaysia seluruh negara. Bukankah ianya merbahaya keada kedaulatan negara kerana segala data akan dipegang oleh Amerika? Sistem yang ada sekarang ini langsung tidak melibatkan Amerika. Kerana sistem yang ada sekarang ini berintegrasi diantara beberapa sistem yang lain. Bukan dimiliki oleh satu syarikat tetapi banyak syarikat.

Tidak dinafikn sistem yang ada sekarang iaitu MYIMM agak perlahan dan kadang kala ianya offline tetapi tidaklah ditahap yang membimbangkan, seperti yang telah jurublog tulis diawal artikel ini, ianya boleh diatasi dengan menaiktaraf kepada 'software' yang baru sahaja. Sistem baru ini akan memakan masa hingga empat tahun untuk disiapkan nanti. Dengan sistem baru pegawai Imigresen dan KDN perlu mnjalani kursus dan pelabagai lagi permasalahan yang kita tidak boleh jangkakan. Kenapa perlu membazir kalau sudah boleh 'upgrade' yang sedia ada? Ianya memerlukan kos yang sangat besar.

Siapa yang akan meendapat keuntungan ini? Kenapa rakyat perlu sengsara dengan segala kenaikan nanti setelah sistem baru ini dimplimentasi? Selama empat tahun mendatang untuk Imigresen mendapat sistem ini, ianya akan menjadi masalah lagi kerana teknologi dinaiktaraf setiap masa. Dalam empat tahun sistem yang dicadangkan ini mungkin sudah 'out of date'. Ini merupakan satu pembaziran dan Jurublog hara artikel ini akan diviralkan demi untuk menyelamatkan Malaysia dari kenaikan berkenaan urusan paspot dan yang berkaitan dengannya.


Profesor Dr Abu sangat rapat dengan menantu Dato Seri Zahid Hamidi. Menurut sumber yang mendedahkan skandal ini, keakraban mereka berdua hingga membolehkan Syed Alman membawa Prof Dr Abu ke rumah Zahid pada bila-bila masa sahaja. Segala perjanjian dan pembahagian untung dibincang di rumah Timbalan Perdana Menteri. Dato Seri Zahid Hamidi sudah tidak sabar untuk mengambilalih tampuk pemerintahan kuasa. Dato Seri Najib Razak dilihat semakin lemah untuk mentadbir parti mahupun negara.Justeru Dato Seri Zahid Hamidi perlu mengisi kantong politik beliau dengan segera.

Sumber juga turut memberitahu UKAS dan KDN sedang berbisik-bisik dikalangan mereka dan mereka mengakui bahawa projek ini tidak mendatangkan faedah dan rakyat. Pihak UKAS telah memberitahu menteri projek ini tidak berapa sesuai dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa menentu sekarang ini. Tetapi Zahid mahu projek ini diteruskan juga kerana ini projek yang menguntungkan Zahid yang mahu mengejar jawatan Perdana Menteri. Jurublog agak pelik kenapa KSN tidak berbuat apa-apa? Apakah KSN sedang lena dibuai mimpi? Atau KSN cuba 'play safe'?


To be continued....

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Anda ni islam ke.cara caka macam melayu low class yg tak sokat cukup 5 wàktu.gi bertaubat ye.

      Delete
  3. Ler....kepala butuh pak hang itam ka? adab tarak masuk sini maki butuh pak sendiri?

    ReplyDelete
  4. Hargailah pemimpin,sebab yg pemimpin adalah PM SEDANG TPM bukan pemimpin dunia akan hancur kalau ada 2 pemimpin,sabar ya Datok sri

    ReplyDelete
  5. Hargailah pemimpin,sebab yg pemimpin adalah PM SEDANG TPM bukan pemimpin dunia akan hancur kalau ada 2 pemimpin,sabar ya Datok sri

    ReplyDelete